Friday, July 20, 2012

Mahalnya Tarbiyyah

Semakin hari harga tarbiyyahku semakin mahal! Kuumpamakan diriku umpama seorang pesakit yang sedang mencari penawarnya (tarbiyyah). Penawar ada, tapi jauh dan jarang-jarang didapati. Allah, sukar sungguh nak sembuh ya? Maka, aku perlukan ubat yang paling mujarab dan menghargainya setiap kali aku mendapatnya! [self-motivated mode] Laa yukallifu Allahu nafsan illaa wus'aha... Ya, akulah orang yang terpilih itu sebenarnya.. Orang yang mampu menanggung sakit sebegitu rupa.. Aku cuma perlu lebih bersyukur kerana Allah ingin menguatkan aku dengan cabaran hidup.. Perlu berusaha lebih untuk 'merawat' diri sendiri.. Doaku; walau apa pun cabarannya, semoga aku terus tsabat dengan jalan hidup yang aku pilih ini dan terus menjadi insan yang produktif..insyaAllah biiznillah,amiin.. P/S: Salam 1 Ramadhan 1433^^

No comments:

Post a Comment