Sunday, June 26, 2011

Diari Musafir

".....Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakannya besok. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati....." -Surah Luqman,31:34-

Subhanallah...sememangnya ayat-ayat dari Allah penuh dengan hikmah dan pengajaran. Sememangnya juga, aku tidak mengetahui apakah yang bakal kutempuh esok hari. Sekiranya pada hari ini, aku sedang mempunyai banyak masa terluang dan sedar untuk berusaha memenuhi mutabaah amalanku, namun hari esok adalah rahsia Allah bagiku. Aku tidak mungkin dapat mengetahui sama ada aku akan terus istiqamah atau lalai, sama ada aku akan beramal dengan ikhlas atau sia-sia. Sungguh, tidak ada seorang pun yang tahu apa yang akan dikerjakannya esok. Apa yang diajar sang Pencipta kepada makhlukNya ialah berdoa untuk kebaikan dan terus berusaha....
Subhanallah, sungguh indah ayat ini. Manusia dianjurkan untuk berusaha sehabis baik kerana tiada seorang pun tahu di mana hembusan nafas terakhirnya terhenti kerana bumi Allah tersangatlah luas...
Wallahu a'lam..

*Sengih2 sejenak: Kadangkala, kakiku berpijak di bumi Miri, KK, Tuaran dan siapa sangka aku berpijak di tanah Santubong pada hari ini? Allah knows...^_^

d late post--ditulis pada 14Jun2011 di bumi Santubong--

No comments:

Post a Comment