Friday, July 20, 2012

Mahalnya Tarbiyyah

Semakin hari harga tarbiyyahku semakin mahal! Kuumpamakan diriku umpama seorang pesakit yang sedang mencari penawarnya (tarbiyyah). Penawar ada, tapi jauh dan jarang-jarang didapati. Allah, sukar sungguh nak sembuh ya? Maka, aku perlukan ubat yang paling mujarab dan menghargainya setiap kali aku mendapatnya! [self-motivated mode] Laa yukallifu Allahu nafsan illaa wus'aha... Ya, akulah orang yang terpilih itu sebenarnya.. Orang yang mampu menanggung sakit sebegitu rupa.. Aku cuma perlu lebih bersyukur kerana Allah ingin menguatkan aku dengan cabaran hidup.. Perlu berusaha lebih untuk 'merawat' diri sendiri.. Doaku; walau apa pun cabarannya, semoga aku terus tsabat dengan jalan hidup yang aku pilih ini dan terus menjadi insan yang produktif..insyaAllah biiznillah,amiin.. P/S: Salam 1 Ramadhan 1433^^

Friday, June 22, 2012

POSITIVE THINKING

MOTIVATOR SAID; BE POSITIVE, RASULULLAH S.A.W SAID; BERSANGKA BAIK (HUSNU ZHON, ME: I WANT TO BE POSITIVE AND SEEK IN EVERY SINGLE THING AS GOOD THING...INSYAALLAH^^

Friday, November 11, 2011

Ayat-ayat Penyembuh Nurani

Di saat diri diserang atau menjadi mangsa virus-virus ukhuwah dan hati, Pemilik Hati ini ilhamkan untuk membaca ayat-ayat ini:

......" Ya Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau tanamkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, sungguh, Engkau Maha Penyantun, Maha Penyayang." [Al-Hasyr,59:10]

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami (sasaran) fitnah bagi orang-orang kafir. Dan ampunilah kami, ya Tuhan kami. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana." [Al-Mumtahanah,60:5]

"Mudah-mudahan Allah menimbulkan kasih sayang di antara kamu dengan orang-orang yang pernah kamu musuhi di antara mereka. Allah Mahakuasa. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." [Al-Mumtahanah,60:7]

"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar." [Al-Baqarah,2:153]


P/S: Tingkatkan amal, biar hati menjadi kebal.
Quran sebagai pedoman, pelindung dari syaitan pembawa ancaman.
Allah jadi sandaran, dari segala ujian dan cabaran..
^-^ (SENYUM SELALU)

Wednesday, September 28, 2011

FOCUS???

Nothing much to say..
Right now, I'm losing my focus on certain things...
I know, it's bad but I'll try my very best...insyaAllah..

"Just remember Allah, Allah will remember you"...

Sunday, August 28, 2011

HIDUPKU SEPERTI ROBOT

First of all, definisikan perkataan robot dalam diri kamu:

ROBOT pada pandangan penulis ialah kehidupan tanpa perasaan, yang hanya berfungsi mengikut fungsi tertentu, tidak menyeluruh kerana ianya bergerak mengikut beberapa arahan sahaja. bekerja dan terus bekerja sampai ada orang lain tekan butang 'BERHENTI'.
(boleh pakai ke ni?haha)

sepanjang sebulan internship ni (sepanjang bulan Ramadhan tu), hidup penulis menjadi haru biru tidak menentu. nak siapkan projek itu la, projek ini la, assingment itu la, assignment ini la, thesis pun hampir tak terjenguk-jenguk.(hampeh kan?) TAPI apa yang paling dahsyat, al-Quran dah berapa page bace ni?mathurat? full ke? qiyam? tarawih? kate bulan Ramadhan, nak tambah amal ibadat..astaghfirullah al-azhiim...

Ha, kawan2, tu la dia apa yang dikatakan kehidupan robot zaman moden ni..
sebagai pengajarannya, sediakan diri anda dengan stamina yang kuat,juga fikiran dan rohani yang kuat.. baru seimbang.. Akal,Jasmani dan Rohani, semuanya nakkan haknya.. penuhilah mutabaah amal anda (pesan kepada diri sendiri)

jadilah insan yang BERMANFAAT KEPADA DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN, di samping SIHAT TUBUH BADAN dan mempunyai IBADAH YANG SAHIH..

p/s: jadikan kesah di atas sebagai pengajaran di masa sibuk akan datang...berlatih dari sekarang untuk kehidupan yang lebih TERATUR URUSANNYA^^


~SALAM PENGHUJUNG RAMADHAN 1432H~
SEMOGA SENTIASA MENDAPAT RAHMAT DAN KASIHNYA

^^Love you all in Allah's love~~

Tuesday, August 2, 2011

DOAKU UNTUK KAMU

~~redakan AMARAHmu,
semoga SABAR mengiringimu,
dan aku juga begitu,
innAllaha ma'assoobiriin,
soobir itu,
biarlah AKU dan KAMU,
bersama TUHAN yang satu~


**salam Ramadhan al-Mubarak**
yorobun (everyone),saranghae! ^^

Friday, July 1, 2011

Ujian Barang Hilang

HILANG????!!!!
APA YANG HILANG???!!!

Ooooo...passport rupanya...haha (Patotnye cuak la kan, ni gelak pulak...pape la)
Nilah nak cite ni..
Beberapa hari yang lalu, I noticed that I can't find my passport..Selalu ade je dalam beg..
So, cari la kat sume beg yang rase2 passport boleh sesat..ngee..tapi tak jugak jumpe2..so.nak tawakal lah ni...kalo tak dapat gak cari, ingat nak report polis je..senang cite..ish3

Nak dipendekkan cite, pada suatu ketika ni, tibe2 sorang insan yang sangat kukenali lagi disayangi datang; "Nah, see for yourself" sambil menghulurkan passport yang 'misteri' itu..

Kesimpulannya, ada beberapa inferens yang dapat difikirkan;

1. passport itu hilang kerana jatuh kat rumah sahabat (memang pun)
2. saya ni careless (tak cek barang sebelum berpergian)
3. juga pelupa (kerana tak ingat langsung pun passport tu kat mana)
4. AWAS, ANDA SEDANG DIUJI! (ahah, ni yang paling betol!)

Betul,betul,betul!!

Arini, mase sedang berkunjung ke rumah jiran, diri ni dapat satu perkongsian atau tazkirah yang menarik..Dengan takdirNya, jiran saya kebetulan baru je lepas hilang kunci dan baru je menemuinya lepas usaha mencari dijalankan...Tu yang mulut ni ringan je bagitau jiran yang diri ni pun tengah hilang barang...
*****
Mase tengah borak2 santai dengan jiran kat umahnye, tibe2 jiran cakap pasal ujian... Hidup ni selalu berhadapan dengan ujian (lebih kurang la)..Kita sebagai hamba Allah ni antara 2 je...sama ada kita AKAN DOWN/MENURUN ATAU TERUS BERTAHAN...
Subhanallah, bahagia kan dapat jiran yang selalu ingatkan diri kepada Pemilik Alam ini..


Soooooo, SAYA PILIH UNTUK TERUS BERTAHAN DENGAN UJIAN-NYA! (sesekali bagi motivasi untuk diri sendiri)

ANDA PULA, BAGAIMANA??!!! (chewah, macam iklan tv pulak dah,haha)

**Coret2:
Selalunya, bila kita diuji dengan KEHILANGAN, baru kita sedar betapa kerdilnya kita di bumi Allah...Kita perlukan Allah untuk bergantung kepadaNya selama-lamanya...Bila kita diuji dengan KEHILANGAN, baru kita sedar betapa sunyinya diri ini tanpa manusia...bila kita diuji dengan KEHILANGAN, baru kita sedar betapa miskinnya kita tanpa nikmat harta benda dariNya...**

(dekat tapi jauh = hilang)~~~